Saturday, 15 October 2011

Demi Masa

   `` Maafkan saya,saya buat lagi.Saya berjudi lagi,tp kali ni saya lari tak lama...agak-agak dh reda sy balik.Awak jangan buat kerja bukan-bukan ye...tunggu saya balik...saya sayang awak.``Itulah kandungan nota pendek kutinggalkan kepada isteriku sebelum aku melarikan diri sekali lagi akibat pecah amanah duit syarikat ku bekerja,akibat kegilaan ku berjudi,yang mana inilah detik yg telah mengubah landskap hidupku...mungkin selamanya.
      Siap aku mengambil pakaian dan kelengkapan seadanya,kutinggalkan nota itu di rak televisyen.Van syarikat kutinggalkan di hadapan bangunan Umno,dan aku mengambil keputusan ke Kuala Lumpur untuk berjudi lagi dengan sisa-sisa duit yang ada,mungkin boleh `cover` duit syarikat yang telah kugunakan hampir rm10k.Tidak terlintas lansung difikiran ku ketika itu untuk meminta pertolongan Allah,kerana ku rasa,aku masih mampu untuk mengatasi masalah ini.Dan keyakinan bodoh itu dikuatkan lagi dengan keyakinan yang isteri ku pasti memaafkan aku seperti selalu dan akan menangis dan merayuku jangan mengulanginya lagi.
      ``Ooo. Ok.Kang apa2 msg yea.Jab lg sy nak g ambil kakak.Take k.Jgn kecik ati sy byk tanya awk pg tadi.sori if u are misunderstanding with my behavior.Mis u many days...``msg terakhir dari isteriku disaat kepercayaan dan cintanya masih lg wujud dan kuat untukku.Mesej yg membunuh jiwaku setiap hari, kini kerana penyesalan yg amat sgt...mesej dari seorang isteri yg hatinya terlalu tulus menyintai seorg lelaki yg acapkali mengkhianati kepercayaannya.Dan itulah msg terakhir yg wujud bersama cinta dan kepercayaannya terhadapku.Ya Allah..demi masa,sesungguhnya aku kerugian.Aku pasti kehilangan duniaku...dan akhirat makin menjauhi aku.Dan aku ketika itu,masih lg melangkah bongkak dgn keyakinan...bila aku balik semula ke rumah,semuanya bley setle,mamaku tlg bayarkan hutangku...bebel skit2,isteriku..menangis,ungkit skit2,nasihat skit2...suh aku bjanji x ulangi lg...aku wat muka poyo dan kesian...janji x wat lagi...dpt hadiah kasih syg dr dia...hurmmmmm settle...tak terlintas lansung yg Allah itu Maha Pembalas....saat2 balasan `cash` sedang bermula dan masih belum kusedari....
       Hp aku off kan.dlm bas menuju ke K.Lumpur,aku menyesal gak wat perangai lg...kesian kt isteriku,ank2 ku..mama...hurmmm,bila lah aku nk berubah ni,fikirku dgn mood masih lg membara hendak berjudi utk mendapatkan kembali duit2 yg aku kalah sebelum ni.
       Smpai KL kul 3ptg.Dgn duit rm 450 yg masih bersisa ditanganku,aku nekad nk menang blik apa yg aku kalah sblm ni.apa nk jd,jd lah.Aku melepak kt warung mamak di area pekeliling.Minum air dlu...amik mood dlu,rancang strategi dlu cmne nk jdkan rm450 tu beranak smpai rm10k...hehehe,fikir2 blik skang ni...hurm...mmg bangang la aku waktu tu...:).Siap minum...melangkah xsmpai 10 tapak,dh tersergam dua buah kedai internet pintu gelap berhadapan kondo baru yg bersebelahan dgn Hotel Vistana di Titiwangsa.Bagi kaki2 judi tegar spt aku...tmpat2 maksiat mcm ni...`cover` la cmne pun...dah tau dah.hehehe..aku memilih utk `berjuang` di kedai no 1.masuk dgn harapan,utk ``WANG BESAR,WANG BESAR..COME TO PAPA``.Lengchai!! masuk 200..
       ``